Click my nuffnang...







Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 30, 2011

Toddler

Apabila kanak-kanak mula belajar berjalan mereka dipanggil “Toddler”. Selalunya perkataan ini digunakan untuk kanak-kanak berumur 1 - 2 tahun. Fasa “toddler”adalah paling penting di dalam kehidupan kanak-kanak. Pada waktu perantaraan antara dunia bayi dan kanak-kanak inilah mereka belajar dan membesar dengan banyak cara. Segala yang berlaku kepada mereka amat bermakna. Setiap peringkat dan kemahiran yang dikuasai anak-anak ini adalah permulaan kepada satu aras yang baru.

Pembesaran ini berlainan untuk setiap anak-anak. Setiap mereka ada jadual perkembangan tersendiri. Pada masa ini kebanyakan mereka belajar berjalan, bercakap, menyelesai masalah, berhubung dengan orang lain, dan banyak lagi. Satu tugas mereka yang penting adalah untuk belajar berdikari. Sebab itulah mereka selalu mahu melakukan sesuatu dengan sendiri, mempunyai idea sendiri mengenai bagaimana sesuatu perkara mesti berlaku dan mengatakan “tidak” banyak kali dalam sehari. Peringkat ini dikenali dengan banyaknya perkembangan dari segi tumbesaran dan perubahan variasi perasaan yang kadang-kadang kelihatan negatif. Mereka sangat kuat semangat tetapi terbatas dari segi kemahiran. Sebab itulah pada usia begini mereka selalu memaparkan kekecewaan dan perangai meragam.
 


Kanak-kanak pada umur ini penuh dengan tenaga dan idea untuk meninjau persekitaran mereka. Anda hendaklah memastikan mereka boleh meninjau persekitaran yang selamat. Mereka mahu menjadi bebas, walaupun masih memerlukan anda dalam keadaan yang lain. “Toddler” sangat mengambil berat terhadap kehendak dan idea mereka sendiri. Sebab itulah kita jangan mengharap mereka akan berkongsi. Mereka kadang-kadang menjadi kecewa kerana tiada kemahiran bertutur untuk menyatakan kehendak mereka. Selalunya mereka juga menghadapi kesukaran memisahkan diri dari ibubapa. Kebiasaanya antara umur 2 ½ hingga 3 tahun, kanak-kanak ini mula berminat untuk dilatih berdikari ke tandas. Apabila melepasi umur 3 tahun mereka sudah boleh mula belajar secara tersusun.



UMUR SETAHUN

Perkembangan Fizikal
  • mungkin kurang makan tetapi lebih kerap
  • mula lebih pandai makan sendiri walaupun selalu tertumpah atau comot
  • Kadar tumbesan mereka akan lebih perlahan berbanding semasa bayi.
  • Kebanyakan akan boleh berjalan tanpa bantuan ketika berumur setahun 2 bulan.
  • Kebanyakannya boleh berjalan ke belakang dan menaiki anak tangga ketika mencecah setahun 10 bulan
  • boleh minum dari cawan dengan sedikit bantuan
  • boleh menconteng dan menyusun blok.
Perkembangan Sosio-Emosi
  • Mengamuk dan meragam adalah kebiasaan
  • susah untuk berkongsi mainan dan amat mengawal barangan mereka
  • mahu melakukan sesuatu sendiri, tanpa bantuan
  • tidak ingat larangan
  • Perasaan mereka berubah dengan pantas
  • Perasaan mereka selalunya sangat kuat tetapi tidak berpanjangan
  • suka bermain sendirian atau di sebelah kanak-kanak lain
  • menganggap diri mereka sebagai tumpuan semua orang
  • mungkin sentiasa mahukan ibubapa
  • mula memaparkan perasaan baru seperti cemburu, sayang, bangga dan malu.
Perkembangan Kepintaran
  • Toddler” akan menamakan objek atau orang yang mereka biasa.
  • Kadar perhatian mereka amat pendek
  • sentiasa curiga. Mereka selalu menggunakan perkataan “tak”
  • menunjuk kepada objek yang mereka mahu
  • boleh menyebut nama anggota badan dan gambar-gambar yang sudah biasa
  • meniru bunyi binatang
  • boleh memegang pensil dan menconteng
  • menggabung dua perkataan untuk membuat satu ayat asas
  • menggunakan objek mengikut keperluan mereka
  • mula memasukkan orang kedua di dalam permainan atau lakonan olok-olok mereka.
UMUR 2 TAHUN

Perkembangan Fizikal
  • boleh berjengket
  • mengikut bola dan menendang ke depan
  • berjalan, berlari, memanjat, naik dan turun tangga sendirian dan mengorek
  • boleh melompat dengan dua kaki
  • tidak selesa dengan lampin basah atau kotor
  • memisahkan sesuatu objek dan memasang semula
  • suka mengetat dan melonggarkan penutup balang atau botol
  • selalunya amat aktif berbanding peringkat lain di dalam umur mereka.
Perkembangan Sosio-Emosi
  • selalu mempertahan keputusan mereka dengan berkata “tak”
  • suka meniru kelakuan orang dewasa
  • mahu menolong kerja-kerja rumah
  • mula bermain permainan mudah dan lakonan olok-olok. Lakonan mereka selalunya pendek dan mudah. Ia selalunya tidak melibatkan orang lain.
  • kadang-kadang mereka sengaja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang diarah.
  • mementingkan diri sendiri dan masih susah untuk berkongsi
  • suka bermain berdekatan dengan kanak-kanak lain, walaupun tidak bermain bersama mereka
  • tidak menolak untuk membantu
  • amat mudah kecewa
  • masih perlu berasa selamat.
Perkembangan Kepintaran
  • menyatakan perasaan dan kehendak
  • boleh mengikut arahan-arahan ringkas. Tetapi mereka masih mempunyai jangkamasa penumpuan yang singkat
  • menggunakan 3 atau lebih perkataan yang digabung untuk membina satu ayat
  • boleh menyambung lagu-lagu mudah
  • mempunyai kesukaran membuat pilihan, tetapi mereka tetap mahu membuat pilihan sendiri
  • mula berfikir tentang sesuatu sebelum melakukannya.
Unsur : http://www.orangekid.biz/

Tuesday, June 28, 2011

with my lovely kids...

petang semalam mama teman ammar main bola depan rumah...sambil dukung cinta lg...gagah tak gagah lah mama nih...tp kerana nk melayan kan kerenah si ammar...mama tak kesah..padahal tak solat asar lg tu...mcm biasa lah ..ammar mmg bersemangat klu main bola..tendangan bola dia tu buat mama yg gemuk nih terkejar2 bola...yg paling kecian skali cinta...terhenjut2 dlm dakapan mama...dan mungkin kerana pening..cinta pun muntah...terus ajak ammar masuk rumah....hantoiii..ammar tak nk masuk...so kitorang pun main balik bola...tup tup ammar tengdang bola kuat n mama tak mampu nk kejar bola tu...bola tu terus masuk dlm longkang...nasib baik nenek kuar..mama pun minta tolong nenek dukung cinta...pastu mama pun menunjuk kan lah terroran mama..ambik bola dlm longkang...ammar kecoh je.."ma pat ma...gol gol..ma pat ma...!!"...dia ingat mama dia terror sgt kot...padahal nk amik bola je dlm longkang...hahaha....nk masuk dlm longkang takut..sb takut tak mampu nk angkat badan yg besar nih naik balik...kikiki...so mama pun duduk lah tepi longkang...dengan sokongan yg agak bersemangat dr ammar...mama pun kepit bola guna kaki yg ala ala drumstik nih...kepittttt kuat2 pastu terus angkat kaki bwk bola naik...yeay!!!berjaya...!!! ammar pun "yeay..ma gol gol.."tp lepas tu bukan main pun bola ..sb ammar geli bola tu basah...kitorang pun sepasukan ..masuk rumah...tgk cinta mcm dh ngantuk..mama pun letak cinta dlm baby court dia ...bg puting...cinta terus mengereng..n tido...cian cinta terpaksa layan mama n ammar...

Lepas tido kan cinta...mama tiba2 teringat basikal ammar yg dibelikan oleh cik eytet dia...mama pun ajak ammar kuar rumah balik...
mama : " ammar jom main basikal nk tak"..
ammar : "kal ?"
mama : "a'ah basikal...mama ajar adik bawak basikal...nk tak?"
ammar : "maaaa...gol la maaaaaaa"

mama tak layan permintaan ammar..mama pun amik lah basikal tu..mama tolak basikal tu smpai pagar..tiba2 ammar dtg nk duduk kt basikal tu...senyum je dia...mama pun tolak lah basikal tu sampai luar rumah...tertonggeng2 bontot mama tau...kah kah kah...tp xpe ..."ada aku kesah"..hahah...tolak punyer tolak...atlast mama suruh ammar kayuh sendiri...ade ke patut dia suruh mama tolak balik siap bagi isyarat tunjuk tmpt sandar dia tu..suruh mama tolak...mama xnk ar...mama pun g jauh skit dari dia...mama kata"kayuh mar..kayuh!"..dlm suruh2 dia kayuh..terus mama menyanyi.." kayuh kayuh kayuh....kayuh la kayuh kayuh...(repeated)"..pastu ammar bangun...ade ke patut dia g joget plak...tergelak2 lah mama...orang suruh dia kayuh...dia g joget plak...lawak lawak...pastu ammar duk balik...tp dia bukan kayuh..tp dia tolak guna kaki dia...mama pun ckap lah kt ammar.."xpe xpe..nnt adik tahu lah kayuh nnt...belajar perlahan lahan yer...nnt pandai lah..." .....smapai lah kul 7 main basikal...pastu mama ajak ammar masuk...mama kata nk "allahuakhbar"..ammar nih paham klu mama kata nk solat...so dia pun ok je..kitorang pun masuk lah rumah...

what a wonderful evening we spend time together...rugi papa sb papa sebuk je main bola kt padang...he will miss this moment...so rugi...tak sabar tunggu cinta besar...blh main sama ...b+ lah seronok...Thanks to Allah..bg mama kehidupan yg sgt bahagia ini...

with love ,
Mama

Monday, June 27, 2011

active your blog mama...

susah gak kan nk cantik2 kan blog nih...but it's ok..try my best to design it...yg penting mst ada 'pink color' ..wajib gitu...akhirnya dpt gak blog yg mama suke...disebabkan warne blog ni sememang nyer favourite color...so akan ku tatap lah ia setiap hari...,,insyallah..by today and onward..mama akan cuba mengupdate blog ku yg nyawa2 ikan ini...dengan ceritera ceritera anak2 ku yg comel lg active tu...k...cau cin cau...with love mama...

Isnin 27 June 2011

Breakfast : Nasi goreng kampung setengah + sambal sardin ( rm2.50 tau..tp tak berapa sedap...terlalu lapar sgt pagi nih..tu yg mkn nasi tu..~ayat cover~~~~~~~)

Lunch : Ayam sambal 1 ketul + salad skit + sambal belacan skit+ green tea


Dinner : Nasi goreng cine 1 senduk + ikan kuah 1/2 + twister orange 1/2 cawan

Remark : Oleh kerana nk bg ammar makan ...maka mama masak lah nasi goreng...tgk macam sedap..dengan rasa "ape nk jadi pun jadi lah" mama pun menelan nasi goreng yg sedap itu...dan dengan rasa yg tak bangga langsung...mama pun kenyang...buurggggppp!!!alhamdullilah...peace no war...

Ahad 26 June 2011

Breaksfast : Cokodok ikan bilis campur kentang + air teh o ( sedap giler..aku makan byk sgt )

Lunch : KFC Zinger 1 set + ice cream ( semakin hancus diet ku.......)

Dinner : A&W Coneydog 1 set...(waaaaaa......hancus2!!..tp sedap...hihihi) + beberapa sudu nasi ayam + teh o ais limau.......

Sabtu 25 June 2011

Breakfast : nasi lemak sebungkus + telur mata + horlicks panas

Lunch : Nasi 1 seduk + lauk ( tak ingat lauk ape) + twister anggur

Dinner : Nasi Ayam 1 pinggan + air sejuk

Remark : Iman tak kuat bila tgk masakan mak...aduhhh....

24 June 2011

Breakfast : cokodok kelapa + air kosong

Lunch : ayam goreng + sayur goreng + air kosong

Dinner : setengah seduk nasi + ratah lauk + air twister anggur ~hancus diet ku...

Wednesday, June 01, 2011

Please

Please CLICK my nuffnang..i will your nuffnang back...